setiap tahun kelas taqwa pasti akan membuat baraan hari raya untuk menyambut raya bersama rakan-rakan dan baraan tahun ini juga amat meriah sekali kerana ramai yang menyertainya walaupun ada juga kelas lain yang mengikutinya( you all welcome :)) kami bermula dari rumah ms jamilah untuk berkumpul...
jejaka-jejaka sesetengah yang pergi berkumpul
di rumah jamilah
lebih kurang dalam jam 9, kami semua memulakan baraan kami ke rumah afzaniza (sudah berkawin).lebih 30 minit kami beraya di rumah afzaniza.
di rumah afzaniza
di rumah afzaniza
selepas di rumah afzaniza kami meneruskan ke rumah uniq (kawan kelas bestari). keaadaan menjadi tambah seronok dengan pelbagai gurauan, ada yang malu, ada yang over ada yang talkative, ada yang terlalu mesra dan macam-macam lagi gelagat semua.
beraya di rumah uniq
beraya di rumah uniq
beraya di rumah uniq
selepas kami berhari raya di rumah uniq kami seterusnya pergi ke rumah nana. di rumah nana juga mempunyai simbol yang mungkin tiada orang boleh lupakan iaitu replika kapal terbang di atas bumbung dan ia juga mungkin menjadi kebanggaan tuan rumah tersebut. :)
menjadi kebanggaan tuan rumah
beraya di rumah nana
beraya di rumah nana
selepas beraya rumah nana kami beraya ke rumah ijat. mak dengan ayah tiada dirumah so macam biasa la.. kami buat pesta (bergambar).. :))
ilun dan solehah memang suka pose lebih-lebih :)
acara beramai-ramai dan memang meriah :)
seterusnya sekali lagi kami ke rumah jamilah.. makanan favorite time hari raya dan tidak pernah terlepas setiap kali hari raya.. makanan yang disebut adalah soto. semua makan macam tak pernah makan setahun dan mengalahkan kanank-kanak yang ada di rumah jamilah. :) thanks jamilah coz provide us soto every year next time buat lagi ya. :))
makan bersama ketua kelas- siapa makan lagi banyak :)
sebelum makan sempat pose-lambat habis :))
memang penat beraya tahun ini.. memang banyak rumah nak kena kunjungi dan seterusnya kami ke rumah rafidah dan juga ketua kelas tingkatan 5 taqwa. kesian pidah sebab ayah dia sakit dan kita doakan moga ayah dia cepat sembuh. raya di rumah rafidah juga tidak kurang hebatnya.. mari kita lihat. :))
semua ready nak bergambar( spot paling baik)
gambar ini dikatakan paling comel.. betol ke? :)
akhirnya.. rumah seterusnya rumah siapa lagi... my home sweet home :) makan sajian di rumah adalah spaghetti.. yummy.. i love my mom cocking.. patutlah saya tidak pernah membawa baraan naik ke rumah sebab memang susah nak layan semua orang. :)
sempat lagi pose ayu :))
afham anda mahu terbang ke mana?
selepas beraya dari rumah saya, rumah ilun menjadi sasaran seterusnya.. makanan amat sedap sekali iaitu rojak.. memang saya suka rojak al maklum la nama pun cucu mat rojak so kena la makan rojak banyak-banyak :)
sedap betol rojak ni. thanks ilun next time buat lagi ya.
mereka semua ni pemalu nak makan sebab meja makan
di pelopori oleh orang-orang yang gila rojak :)
tahun ini jua menjadi sejarah dan pertama kali nye muazam membuka pintu untuk membenarkan baraan masuk ke rumah. :) suasana bendang dan angin yang meniup baik memang memeriahkan lagi suasana hari raya. di rumah ajam kami makan dessert. layan dowh. :))
suasa meja makan dan amat enjoy :0
kawasan sesuai snap pic :)
selepas beraya di rumah ajam seterus kami pun beraya di rumah ayu dan dia baru sahaja mendapat cahaya mata dan anak dia juga adalah perempuan. memang budak-budak perempuan sibuk nak tengok baby baru. walau macam mana pun tahniah ayu :)
anak ayu dan dia memang ayu(baby)
budak-budak perempuan yang suka bercerita :))
akhir sekali dan rumah terakhir adalah rumah shieda. rumah shieda makan juga tapi kali ini laksa pula. laksa nya memang sedap tak terkata kalau boleh bungkus bawa balik memang nak bungkus tapi macam mana pun masakan mama saya lagi sedap eh :)) jangan marah yer..
sempat pose dengan tuan rumah yang gila bergambar :)
di beranda rumah shieda dan kami sempat bergambar
setiap rumah kami mengambil masa 30 minit dan memang tidak sempat untuk beraya semua rumah dan mungkin next time kita buat dua hari sambil berkunjung ke rumah cikgu. walau macam mana pun raya tahun ini memang seronok sekali dari tahun-tahun lepas sebab ramai yang mengikutinya dan tahun ini juga paling banyak gambar yang di ambil. akhir sekali saya mengambil kesempatan sekali lagi ingin menucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.