semalam seharian berjalan kat mid valley, memang penat giler la.. bukannya buat apa cuma nak cari beg je.. teman kan muazam je dah penat memanjang cari beg sampai 4 jam.. akhirnya berjaya membelinya :) tapi memang enjoy sebab pergi ke sana lepak dan makan sepuas-puasnya di secret recipe . bila kat midvalley kepala pun jadi pening sebab kawasan nak berjalan tu terlalu luas pikir nak masuk mana dan nak pergi mana asyik ada dalam kepala. nak layan wayang pun sampai tak jadi sebab mencari beg sahaja pun dah makan masa yang lama. macam mana pun memang enjoy pergi midvalley, sebab sudah sekian lama tidak berkunjung ke sana dan masih tidak ada perubahan di midvalley.
malamnya pula jalan kat uptown. lagi la tak tau nak buat apa sebab tak ada motif untuk ke sana. pergi ke sana berjalan tengok duit ringgit malaysia (RM) yang menarik dan duit yang lama, ada juga duit simpanan berbentuk syiling dan duit dari luar negara seperti pound, USD, Euro dan sebagainya. sebelum itu, ambil anuar dollah di dewan agong yang baru siap dalam uitm shah alam, sambil tu ehen dan kawan-kawannya pun hendak turut serta memang layan sebab meriah ramai kawan nak pergi jalan di uptown. setiba di uptown tidak beli apa-apa pun, kita orang cuma datang sana untuk melihat keadaan uptown di waktu malam dan ke sana cuma untuk pergi makan. makan kat sana memang tak berapa enak berbanding makan di tempat lain. mungkin tukang masaknya tak reti masak kot?? hehehe.. anyway semalam memang enjoy dan kaki macam nak tercabut. :)
No comments:
Post a Comment