Wednesday, March 30, 2011

MIDvalley dan UpTown



semalam seharian berjalan kat mid valley, memang penat giler la.. bukannya buat apa cuma nak cari beg je.. teman kan muazam je dah penat memanjang cari beg sampai 4 jam.. akhirnya berjaya membelinya :) tapi memang enjoy sebab pergi ke sana lepak dan makan sepuas-puasnya di secret recipe . bila kat midvalley kepala pun jadi pening sebab kawasan nak berjalan tu terlalu luas pikir nak masuk mana dan nak pergi mana asyik ada dalam kepala. nak layan wayang pun sampai tak jadi sebab mencari beg sahaja pun dah makan masa yang lama. macam mana pun memang enjoy pergi midvalley, sebab sudah sekian lama tidak berkunjung ke sana dan masih tidak ada perubahan di midvalley.








malamnya pula jalan kat uptown. lagi la tak tau nak buat apa sebab tak ada motif untuk ke sana. pergi ke sana berjalan tengok duit ringgit malaysia (RM) yang menarik dan duit yang lama, ada juga duit simpanan berbentuk syiling dan duit dari luar negara seperti pound, USD, Euro dan sebagainya. sebelum itu, ambil anuar dollah di dewan agong yang baru siap dalam uitm shah alam, sambil tu ehen dan kawan-kawannya pun hendak turut serta memang layan sebab meriah ramai kawan nak pergi jalan di uptown. setiba di uptown tidak beli apa-apa pun, kita orang cuma datang sana untuk melihat keadaan uptown di waktu malam dan ke sana cuma untuk pergi makan. makan kat sana memang tak berapa enak berbanding makan di tempat lain. mungkin tukang masaknya tak reti masak kot?? hehehe.. anyway semalam memang enjoy dan kaki macam nak tercabut. :)




Tuesday, March 29, 2011

THINKING



what should i do today? think gonna hang out with my friends today.. maybe in kl or shah alam??.. i think gonna hang out in KL.. see ya.. nanti kita cerita what the best day i do today.. :)

isnin 28/3/2011

hari isnin je tiba memang tak boleh wat kerja. dari start sampai sekarang macam tu je la.. tapi tak
pe la janji aku hepi sudah.. :) jum layan video ni memang best boleh sampai gigi hilang.. hehehehe


Monday, March 28, 2011

facebook


coret-coret di ini hari aku main facebook, dah macam menjadi rutin harian nak lekang dari social network pun susah.. aish..... dah menjadi satu addict macam letak dadah je(rasanya lah :)). tapi apa boleh buat, kawan2 ramai guna facebook ni so nak connect dorang lebih senang guna macam ni dah ada chat di situ(xperlu guna YM or SKYPE, etc). dunia pun sekarang serba maju dan internet pun di mana-mana boleh access tak macam zaman kita sekolah menengah(tahun 2000). masuk je tahun Y2K terus berubah dari segi ekonomi dan traf hidup. macam-macam dah berlaku. dulu myspace sekarang facebook lepas ni apa pula?? tapi facebook ni la memberi banyak pengaruh kepada pengguna berbanding social network yang lain. tapi macam mana pun dunia dah moden kita gunakan sahaja peluang yang ada. see ya all.. peace.. :)

sunday 27/3/2011


hari ni hari ahad. macam-macam perkara berlaku.. ingat nak relax tapi ada program paint ball. memang best game ni menguatkan ukuwah antara sesama kawan dan sahabat. macam biasa la main, kalau main dah tentu kena tembak awal.. memang xda bakat betul la bermain.. nak kena beli pistol sendiri mungkin baru leh menang.. hehehe... tapi memang hari ni penuh dengan aksi paint ball. layan dowh... :)



Sunday, March 20, 2011

AHAD


hari yang paling seronok dan hari yang meletihkan walaupun pada waktu cuti.. jalan depan rumah memang banyak kereta, semua hendak balik ke ibu kota atau pun shah alam..





hari ni juga ada kenduri kawin kat sebelah rumah.. nak cakap menanggah xda cuma pergi makan je.. :) tapi ape2 pun ucapan tahniah kepada KEMA yang telah melansungkan persanding hari ni..


malam ni gak ada perlawan yang mungkin menyeronokkan jika team favorite menang malam ni.. team yang patut menang sudah tentu adalah Liverpool. YNWA...