Sunday, March 21, 2010

"Miracle" diets that don't work

You've heard about them in email forwards and late-night infomercials, but these 5 "miracle diets" just plain don't work. From straight-up starvation to a steady diet of boiled cabbage, here are 5 diets to steer clear of:

#1 The Grapefruit Diet

The claim is that eating grapefruit with protein triggers a "magical" fat burning process. We're always wary of the word "magic" in regards to a diet, and this one is no exception. While grapefruit is loaded with vitamin C and fiber and is a great way to start your morning, there's no evidence to support its reputation as a "fat-burner."

#2 Juice Diets
While a liquid diet has the potential to starve your body into shedding excess pounds, a super low-calorie diet like this one kicks your metabolism into survival mode. Unsure where the next meal is coming from, your body hangs on to the nutrients it has, slowing your metabolism, and burning fewer calories overall. The minute you switch back to solid foods, there's a good chance those pounds will "magically" reappear.

#3 The Apple Cider Vinegar Diet
We love apple cider in a vinaigrette for a salad, but the recommended 3 tablespoons of it before meals in this diet is so high in acidity, it might actually damage your stomach lining. Other than possibly making you too nauseated to eat, we couldn't find any evidence that it aids in weight loss.

#4 The Cabbage Soup Diet
This diet claims you can lose 10 or more pounds by eating just cabbage soup, but this is largely just water weight. Those pounds will likely reappear the minute you return to eating a normal, balanced diet that includes solid food. To add insult to injury, followers of this diet reported light-headedness, weakness, and trouble concentrating. In other words, you need more than a bowlful of cabbage soup to power you through your busy life.

#5 The Maple Syrup Diet

While we think maple syrup is a miracle food when it comes to pancakes and waffles, it's not what you would call a weight-loss miracle. That infamous cocktail of maple syrup, lemon juice, and cayenne pepper reportedly melts the pounds right off your body, but this is little more than a starvation diet. With almost no protein, this diet will likely cause you to lose metabolism-driving lean muscle, resulting in a slowed calorie-burning capacity. And that's not a miracle any of us is interested it.

If you want to lose weight, there's no magic potion or concoction to get you there. A healthy, balanced diet and regular exercise is the only way to shed pounds.

Thursday, March 18, 2010

Patung zaman Firaun berusia 3,400 tahun ditemui

KAHERAH 17 Mac - Pasukan kaji purba menemui patung granit besar berwarna merah di selatan Mesir di makam firaun paling berkuasa yang pernah memerintah hampir 3,400 tahun dahulu.

Menurut kenyataan Kementerian Kebudayaan Mesir semalam, pasukan itu turut menemui patung Thoth setinggi empat meter, dewa purba yang dipuja dan antara yang tertinggi dalam patung firaun Amenhotep III dan berdiri di sebelah satu lagi patung dewa.

Kedua-duanya ditemui tertanam di makam firaun di tebing barat Nil, selatan kuil Luxor.

Pada 28 Februari lalu, kumpulan kaji purba menemui kepala patung granit besar berwarna merah milik Amenhotep III di tempat sama yang mempunyai ketinggian seperti orang dewasa. Ia adalah ukiran muka Amenhotep III yang paling sempurna pernah ditemui.

Amenhotep III, datuk kepada firaun kanak-kanak, Tuntankhamun, memerintah dari 1387 hingga 1348 Sebelum Masihi ketika zaman kegemilangan Mesir yang menguasai empayar dari Nubia di selatan hingga ke Syria di utara.

Kuil tersebut telah mengalami kerosakan teruk yang berkemungkinan disebabkan banjir dan hanya mempunyai sedikit tembok yang masih kekal.

Bagaimanapun kumpulan kaji purba berjaya menggali keluar kekayaan artifak dan patung yang tertanam di bawah runtuhan, termasuk dua patung Amenhotep yang diperbuat daripada granit hitam pada Mac 2009. - AP (utusan malaysia)

Friday, February 26, 2010

Waspada kahwin campur

Golongan muda termasuk kalangan artis diingatkan supaya berfikir 'beribu kali' sebelum memasuki gerbang perkahwinan campur kerana kajian menunjukkan kejayaannya hanya 3:10.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kajian ilmiah yang dilakukan oleh beberapa ahli sosiologi di negara ini antara 1995 hingga 1998 mendapati dalam setiap 10 perkahwinan campur, hanya tiga berjaya.

Malah, kata beliau, kegagalan perkahwinan campur amat ketara apabila melibatkan pasangan dari kalangan warga kulit putih atau mat saleh.

''Tetapi perkahwinan campur di Malaysia melibatkan si lelaki atau wanita dari kalangan bukan Islam yang kemudiannya memeluk Islam begitu berjaya berbanding kahwin campur dengan warga asing dari barat ini.

''Ini sudah jadi lumrah, jadi, orang muda termasuk kalangan artis boleh mengambil iktibar ini dan sekiranya mahu menelaah kajian ini yang turut dilengkapi dengan panduan, anda boleh mendapatkannya daripada bahagian pendaftaran perkahwinan sivil dari rekod simpanan syariah di Johor dan Wilayah Persekutuan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Rais ditanya pandangan beliau berhubung keretakan rumah tangga aktres Maya Karin, 31, yang dilaporkan sudah tidak sebumbung dengan suaminya.

Pelakon jelita yang mengesahkan perkara itu memberitahu, punca keretakan rumah tangganya dengan suami, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali, 41, dari Itali sebagai kesilapan mereka sendiri kerana tidak menyedari faktor perbezaan budaya sewaktu seronok bercinta.

Enggan langsung mengulas pergolakan rumah tangga yang dihadapi Maya Karin, Rais yang juga pakar perundangan dan Perlembagaan Persekutuan berkata, realitinya banyak liku yang perlu dihadapi oleh pasangan kahwin campur.

''Kegagalan perkahwinan disebabkan perbezaan budaya, agama dan cara seseorang itu dibesarkan di khalayak negara masing-masing.

''Cuma, kebanyakan perkahwinan lebih didasarkan kepada 'asmara pendek', maknanya apabila sudah melalui satu tempoh singkat, masing-masing akan menyorot balik tuntutan budaya dan agama pada sudut khalayak di mana dia dilahirkan," katanya.

Dari segi undang-undang pula, kata Rais, pasangan kahwin campur dijangka menghadapi masalah yang agak berat jika perkahwinan mereka bergolak.

''Tidak semudah itu juga untuk mendapat taraf kerakyatan Malaysia, dalam soal ini ia adalah lebih mudah jika melibatkan wanita yang berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia berbanding sebaliknya.

''Ini disebabkan taraf kewarganegaraan dalam Seksyen 16 dan 17 Perlembagaan Persekutuan adalah terasas pada pertimbangan kebapaan dan bukannya keibuan," katanya.

Kata beliau: ''Apatah lagi (meruncingnya perkahwinan campur) kalau pasangan terbabit ada anak, maka si bapa akan 'melarikan' anak kembali ke England dan Eropah, dan dalam soal ini, perkahwinan campur yang gagal, adalah lebih baik jika pasangan itu tiada anak." -utusan malaysia 25/2/10-

siapa dia BOTAK CHIN??

siapa dia botak chin? setelah melihat tv di astro yang akan menyiarkan siapa botak chin dan lantas terus saya membuat research tentang penjenayah ini dan ini adalah artikel nya :


botak chin
Nama sebenar ialah Wong Swee Chin mungkin tidak memberi makna kepada masyarakat Malaysia walaupun itulah sebenarnya Botak Chin. penjenayah ganas itu telah lahir dalam sebuah keluarga yang mempunyai adik beradik seramai 10 orang yang tinggal di kuala lumpur pada tahun 1951.

dia berhenti sekolah pada seusia remaja iaitu 15 tahun dan bekerja sebagai pembantu pasar borong Jalan Tun Ismail selama setahun. di sinilah bermulanya botak chin terpengaruh dengan kegiatan jenayah dan menyertai kumpulan kongsi gelap yang bergelar "geng 360" yang telah menguasai kawasan itu.

botak Chin ditahan dan dihukum selama 7 tahun penjara, tetapi telah dibebaskan pada November 1974.

pada april 1975, Botak Chin kembali aktif dalam aktiviti jenayah dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin ( pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai).

sebulan kemudian, botak chin telah pergi ke Thailand dan dengan bantuan rakannya, dia telah membeli senjata api.

Awal tahun 1976, botak chin telah mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM 400,000.

Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditankap dan polis telah merampas 15 senjata api, peluru dan bom.

Botak Chin ibarat pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah lupakannya. selepas perancangan rapi pihak polis, akhirnya pelanduk termakan jerat pada malam 16 febuari 1976.

Setahun ditangkap, Botak Chin mencatatkan sejarah dimana dia sebagai orang pertama mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) yang membawa hukuman mati mandatori.

Rayuan kepada lembaga pengampunan juga ditolak. ketika itu menunggu dihukum gantung, sebayak 2 kali botak chin telah menyerang pegawai penjara.

Pada usia 28 tahun, riwayat pengganas bernama botak chin dilabelkan sebagai penjenayah ganas dankejam akhirnya di tali gantung dipenjara pudu pada tahun 11 jun 1981







Friday, January 1, 2010

'Bangunan condong' di Liuzhou



Sebuah bangunan kediaman terbelah dua di bandar Liuzhou kelmarin.
KANAN: Orang ramai berjalan di sebuah pusat komersial dekat dengan bangunan condong di bandar Liuzhou.


LIUZHOU - Bandar raya Paris terkenal dengan menara condongnya, Eiffel Tower yang menjadi produk pelancongan Perancis.

Namun, di bandar Liuzhou, selatan China, terdapat sebuah bangunan yang terbelah dua dan condong selepas berlaku kesilapan teknikal semasa meletupkannya kelmarin.

Berikutan kesilapan teknik letupan, bangunan 22 tingkat itu terbelah dua dengan salah satu bahagian condong manakala sebuah lagi tidak tumbang sepenuhnya.- Agensi


kosmo 01/01/01

Thursday, December 31, 2009

What I wish for 2010??

My wish for 2010 is:

  1. 1. Life getting better than last years.
  2. 2. Have a good business in the future.
  3. 3. Have a good PR with people.
  4. 4. Have a proper steady income for year 2010.
  5. 5. Going aboard.
  6. 6. Study in china.
  7. 7. Get more knowledge and practically in business.

Friday, December 11, 2009

Saintis bingung cahaya misteri

interesting story for today [kosmo-11/12/2009]



TROMSO, Norway - Benda apakah berwarna biru, putih berlingkar dan muncul tiba-tiba di langit di sini, utara Norway kelmarin?

Menurut sebuah akhbar semalam, jika anda ada jawapan, catatkannya pada sekeping poskad dan hantar kepada rakyat Norway, di mana cahaya misteri itu muncul dan mengelirukan penduduknya kelmarin.

Susulan fenomena itu, Institut Meteorologi Norway dihujani ribuan panggilan telefon berhubung kemunculan lingkaran cahaya di langit di sini pukul 8.45 pagi waktu tempatan.

Cahaya itu menyerupai jalur lingkaran ubat nyamuk yang mengelilingi sebuah objek terang selama beberapa minit.

Menurut sebuah akhbar, cahaya itu kemudian 'meletup' menjadi lingkaran api putih menyebabkan ramai peminat objek terbang tidak dikenali (UFO) di seluruh dunia menganggap fenomena selama 12 minit itu sebagai detik berlakunya hubungan pertama antara makhluk asing dengan penduduk bumi.

"Ia menyerupai sebuah roket yang berputar-putar dan naik ke atas sebelum hilang," kata seorang saksi dari utara Norway, Totto Eriksen.

Ketua Saintis Pusat Angkasa Lepas Norway, Erik Tandberg memberitahu, beberapa pakar percaya ia mungkin ujian peluru berpandu.

Pentadbiran Rusia bagaimanapun menafikan ia mengadakan sebarang ujian peluru berpandu itu.

Akhbar Kommersant melaporkan semalam bahawa ujian peluru berpandu nuklear Rusia dibuat menjelang subuh kelmarin iaitu pada waktu sama dengan lingkaran cahaya itu muncul.

Namun, ujian peluru itu yang dilancarkan dari sebuah kapal selam itu mengalami kegagalan di peringkat ketiga di ruang udara menyebabkan pakar analisis pertahanan Rusia, Pavel Felgenhauer mengaitkannya sebagai punca cahaya tersebut muncul. - Agensi