Sunday, April 25, 2010

Aktiviti joging boleh bawa risiko?

Persatuan Fisioterapi Malaysia (MFA) mendakwa aktiviti larian di sekolah seperti merentas desa dan joging tidak sesuai untuk pelajar sekolah kerana ia mampu mendedahkan kepada risiko kecederaan seumur hidup.

Selain itu, persatuan itu turut mendakwa amalan membawa beg sekolah mengandungi buku teks yang terlalu berat juga mendedahkan kepada risiko masalah penyakit tulang belakang.

Presidennya, Dr. Balwant Singh Bains berkata, walaupun kajian spesifik belum dilaksanakan, tetapi berdasarkan pengalaman dan ujian klinikal, kira-kira 80 peratus daripada penyakit itu berpunca daripada aktiviti larian tanpa pengawasan betul daripada ahli fisioterapi.

Menurut beliau, aktiviti larian amat terdedah kepada permukaan tanah yang pelbagai seperti terlalu keras dan tidak sekata yang berada di sepanjang trek laluan mereka hingga mudah terdedah kepada kecederaan otot, ligamen dan tendon.

"Kecederaan ini mungkin hanya sedikit sahaja dan tidak disedari pada peringkat awal sehingga tidak memerlukan mereka terlantar atas katil. Lagipun ada pelajar yang tidak pandai mengadu sakit.

"Namun ada juga pihak yang mengambil mudah, meskipun jika ada anak-anak mengadu sakit tetapi kebanyakannya beranggapan hanya sakit biasa.

"Kami tidak kata berlari tidak boleh tetapi ia perlu mendapat nasihat terlebih dahulu daripada ahli fisioterapi bertauliah," katanya.


utusan malaysia

Friday, April 16, 2010

Gigantic fireball from meteor shower turns night into day


This image made from a dash cam provided by the Howard County Sheriff's Department shows a meteor, top right, near Cresco, Iowa that passed over Eastern Iowa. Sonic booms shook trees and houses in the area.

AP Photo/Howard County Sheriff's Department








source from: yahoo and ABC news