indonesia memang terkenal dengan keindahan semulajadinya, dengan terkenal dengan berbagai-bagai danau yang tercetusnya dari gunung berapi yang tidak aktif lalu menjadi sebuah tasik di atas bukit. memang sungguh indah sekali kalau nak dibayangkan, tempat sebegitu memang layak dijadikan kawasan perlancongan bagi yang minati alam semulajadi.
tempat menarik yang pernah saya lawati adalah di bukit tinggi sumatera barat indonesia. memang mengagumkan sekali akan keindahan semulajainya, kawasan yang tinggi sama seperti di malaysia iaitu tanah rata cameron highland.
ini adalah gambaran dari kapal terbang. cuaca yang nyaman lagi dingin tempat yang sesuai untuk merehatkan minda.
masyarakat di bukit tinggi adalah dari kaum minangkabau. Bagi masyarakatdi sana amat baik sekali kerana sikap yang lemah lembut(perempuan) dan peramahnya(masyarakat bukit tinggi) menyebabkan saya tertarik dengan masyarakat di sana.
mercu tanda di bukit tinggi adalah jam gadang yang bermaksud jam besar. jam ini telah di bina sejak pemerintahan belanda lagi. di atas mercu jam gadang ini telah ditukar mercunya sebanyak 2 kali, selepas belanda adalah jepun dan akhirnya adalah indonesia. yang menarik cerita jam gadang ini adalah ia menjadi satu simbol bagi masyarakat di sana seperti mana ada tengkolok minangkabau di mercu jam tersebut.
jika inginkan alam semulajadi inilah tempat salah satu yang sesuai untuk orang yang meminati hijau.
dean deSauza